Sabah. Dalam kenangan sebelum wujud pemerintah Borneo, pelbagai etnik saling beradu kekuatan para pahlawan bagi memenggal Kepala pihak lawan dari etnik lain atau digelar MISASANGOD bahasa dusun.
Para ketua dan timbalan ketua Pahlawan PemenggĂ l atau BONTUGAN (Bahasa Dusun) perlu berilmu sehingga tidak tembus dengan senjata tajam, tidak hairan lah dalam zaman tersebut siapa cukup berilmu pasti akan menjadi pahlawan pemenggal bagi mewakili sesuatu suku kaum tertentu.
Bagi sejarah Pemenggal Kepala etnik Dusun diwajibkan memelihara Kepala yang ditawan mereka dari pihak musuh dengan pelbagai upacara terpelihara, antaranya membina SOGINDAI tempat membersihkan kepala musuh yang dipenggal penuh jampi serapah agar tidak mengganggu penduduk setempat.
Lokasi SOGINDAI yang dibina penuh dijaga mengikut kaum kaum yang mengetuai Pahlawan Pemenggal dan tidak boleh dimasuki sesuka hati, selain dari itu tengkorak kepala yang sudah dibersihkan pada upacara ditapak SOGINDAI akan dibawa balik ke Rumah Pahlawan atau SANGOD untuk disimpan penuh upacara adat Pahlawan.
Rumah Pahlawan atau SANGOD juga dijaga rapi dan tidak dibenarkan warga kampung memasukinya sesuka hati tanpa kebenaran Pahlawan Pemenggal sepanjang masa, ini menyebabkan hanya Pahlawan Pemenggal atau BONTUGAN SANGOD sahaja yang mengetahui jumlah kepala musuh yang disimpan didalam rumah pahlawan menurut maklumat warga Dusun.
Bontugan Sangod juga dilaporkan hanya boleh melakukan perlakuan MISASANGOD bila mana pasukan musuh memasuki persekitaran sempadan daerah mereka menurut etnik dusun, jika tidak ada musuh memasuki kawasan daerah mereka Pahlawan Sangod tidak membenarkan kumpulan Pemenggal menyerang daerah musuh mereka.
Menurut warga dusun yang ditemui sehingga kini tidak ada lagi penyimpan Tengkorak Kepala Sangod berikutan majoriti kaum tersebut telah beragama Islam, malah semua bacaan upacara menjaga SOGINDAI dan RUMAH PENYIMPANAN KEPALA Sangod sudah tidak ada yang tahu berikutan Pahlawan Sangod tidak mewariskan nya jelas mereka.
Etnik dusun hanya menyimpan sejarah salasila upacara memulakan Sangod yang tidak boleh memulakan nya tanpa musuh menyerang dahulu, namun kaum dusun yang ditemui terdiri Dusun Liwan terus merashiakan generasi keturunan Bontugan Sangod kaum mereka demi menjaga amanat moyang mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan