Isnin, 6 Januari 2025

SOKONGAN PADU BERBILANG KAUM

Oleh. Basron  Kirwan 

Puterajaya. Penyokong Bos Ku Datuk Najib Tun Razak sanggup da
 datang ke pintu

laluan masuk Istana Kehakiman Puterajaya diawal  pagi bagi menyaksikan prosiding  beliau di Mahkamah Rayuan hari ini. 

       Datuk Najib Tun Razak dilaporkan menang  kes 2-1 di  Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Puterajaya menerusi prosiding tiga 

hakim berhubung titah adendum yang dikemukakan peguam Datuk Najib Tun Razak  disini hari ini. 

      Penyokong Datuk Najib Tun Razak  sentiasa bertahan tanpa berganjak diluar Mahkamah Rayuan 
Istana Kehakiman Puterajaya, majoriti mereka berharap Datuk Najib Tun Razak diberi pembebasan dari penjara Kajang sepertimana dalam titah adendum yang dikemukakan hari ini. 

        Kes Datuk Najib Tun Razak akan dibawah ke Mahkamah Tinggi semula pada 13 Januari
 2025 menurut Peguan beliau
diluar Mahkamah Puterajaya, manakala para pe yokong Bos Ku  berharap keputusan berpihak pada Najib Tun Razak sebagai tahanan rumah ujar mereka.

       Berdasarkan kehadiran himpunan aman menyokong Datuk Najib Tun Razak masih ramai walaupun pelbagai sekatan Polis dibuat namun masih ramai yang hadir, ramai peserta himpunan aman hari ini meramalkan jika mereka diberi permit oleh Polis dijangka lebih banyak yang menyertai namun apa kan daya halangan pasukan Polis terlalu banyak menyebabkan kurang penyertaan didalam himpunsan tersebut.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan