Jumaat, 3 Januari 2025

PENUNGGANG TANPA HELMET BERLELUASA

Oleh. Koijul Hairol 

Generasi masa kini  saling mempamerkan kecekapan menunggang Motorsikal disetiap jalan raya tanpa memakai helmet (topi keleder) sehingga menjadi tontonan ratusan orang ramai setiap hari. 
          Kes seumpama berlaku diseluruh negara antara pusat bandar, pekan mahupun jalan jalan perkampungan tanpa dihiraukan masyarakat hari ini walau berbilang bangsa sekali pun. 
         Ada juga penunggang motorsikal  tanpa helmet berlagak samseng bagaikan mereka kebal dari perundangan seluruh negara Malaysia, ini didedahkan oleh para pelanggan setia akbar Media Terkini Harian Malaysia diseluruh negara demi memperingatkan semua warga yang berada diatas jalan raya agar mematuhi perundangan. 
            Anehnya sebilangan penunggang motorsikal yang tidak memakai helnet (topi keleder) bagai mendabik dada bila dipandang warga sekeliling, mereka juga tidak segan silu membawa anak isteri menunggang dan membonceng motorsikal berjalan diatas jalan raya tanpa helmet tegas warga serantau.
         




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
         
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan