Rabu, 4 Disember 2024

WARGA ASING BERLAGAK DALAM PENGANGKUTAN AWAM

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Terdapat sebilangan orang asing  tunjuk Tapak Kaki di atas kerusi pengangkutan awam tanpa menghormati pengguna yang lain. 

     Ini didedahkan seorang pesara angkatan bersenjata Malaysia yang mengalami perilaku warga asing berkenaan dari Menggatal ke Tampaluri Sabah hari ini, ketika ditegur warga asing terlibat berlagak dengan pelbagai alasan tanpa memohon maaf diperingkat awal walaupun disaksikan penumpang yang lain. 

      Sebaik sahaja pesara keselamatan terbabit memperkenalkan diri sebagai pesara angkatan bersenjata baru lah orang asing  berkenaan angkat tangan mohon maaf, jika tidak ditegur pasti warga asing berkenaan akan terus meletak kaki ditempat duduk bus pengangkutan awam walau penuh dengan orang awam yang pulang dari kerja masing masing.

      Penduduk asli Sabah perlu berwaspada dengan perilaku sebilangan warga asing yang mulai bersikap angkuh dalam Ssbah tanpa ada yanh menegur mereka,  warga Sabah juga perlu satu hati bagi memantau tingkah laku orang asing tertentu didepan mata orang asli Sabah jelas pesara keselamatan terbabit.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan