Ahad, 8 Disember 2024

RAMAI POLITIKING BANYAK CAKAP?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi  

Sabah. Ramai rakyat jelata merasa terkilan sebilangan  orang politiking banyak bercakap disetiap Dun Sabah namun sangat susah membantu walau segulung PVC Paip  kepada warga kampung.

       Kebanyakan ahli politik bercakap adalah meliputi 73 Dun Sabah  dari pelbagai parti politik yang mahukan sokongan  undi  sahaja namun jauh membantu rakyat jelata,  anehnya kebanyakan dari mereka yang bercakap banyak ini tidak langsung menghiraukan orang sekeliling mereka walau pelbagai kerjaya terus juga bercakap banyak.

       Ada juga orang parti politik yang gemar bercakap dikedai kopi namun  membantu orang kampung jauh sekali walau mengharap menjadi calon PRN akan datang, setiap ahli parti politik banyak bercakap juga bagai tidak mengenali petugas akbar nasional walau berada didepan mata mereka  hanya selamba mereka bercakap tegas warga Sabah.

       Sehingga berita ini ditulis ramai orang parti politik Sabahan dihubungi serta ditemui namun tidak mendapat jawapan serta layanan yang baik, tidak hairan lah pengundi bagi 73 kerusi Dun Sabah terus berpuak puak memilih orang parti politik yang benar benar prihatin semua rakyat jelata tanpa pilih kasih.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan