Selasa, 10 Disember 2024

WARGA MINTA PENERANGAN KERAJAAN PUSAT

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Sebilangan warga Sabah meminta Perdana Menteri serta Dua Timbalan Perdana Menteri Malaysia tahun 2024, agar memberi penerangan dakwaan beberapa pemimpin politik Sabahan yang mendakwa konon nya semua peruntukan kewangan yang disalur ke Sabah setiap tahun jika tak habis dan tak siap kerja dikembalikan kepada kerajaan pusat. 

       Sebilangan pemimpin parti politik  Sabahan kerap kali bercakap pada rakyat Sabah yang semua peruntukan kewangan yang diagihkan pada Sabah tak habis serta kerja tak siap tahun sama dihantar balik ke kerajaan pusat, ini jelas mengelirukan fikiran penduduk Sabah dengan kata penerangan sebilangan pemimpin parti Sabahan sehingga ada penduduk Sabah mendedahkan isu ini sebagai rujukan kepada Perdana Menteri dan Dua Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2024 ujar mereka.

         Malah sebilangan penduduk Sabah juga meminta kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia dan Dua Timbalan Perdana Menteri Malaysia masa kini menjelas sebenar dakwaan tersebut, ini penting agar rakyat Sabah tahu perkara sebenar sama ada benar atau sebaliknya dakwaan sebilangan pemimpin parti politik Sabahan bagi mereka membawa menyokong politik Sabahan sendiri.

        Kru Media Terkini Malaysia terkejut dengan dakwaan peruntukan kewangan yang disalur ke Sabah setiap tahun jika kerja dan wang belum siap atau terpakai tahun yang sama wajib dikembalikan kepusat setiap hujung tahun, dakwaan ini yang disebarkan sebilangan pemimpin politik Sabahan menjadi kemarahan rakyat yang mendengarnya bagaikan kewangan terlibat tidak boleh dibawa ketahuan berikutnya untuk pembangunan Sabah ungkap mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan