Jumaat, 6 Disember 2024

AWAS ADA AHLI PARTI CAKAP KELENTONG?

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Sebilangan penduduk negeri ini mendedahkan  sikap segelintir ahli parti politik yang sombong dan bongkak bila menabur cakap pada sesetengah rakyat jelata dikawasan luar bandar. 

Selain dari itu ada juga ahli parti politik mencanangkan diri menjadi pemimpin tertinggi parti mahupun bertekad menjadi calon pilihan raya akan Datang, namun tidak ada usaha sedikit pun menghulur bantuan  kepada rakyat yang memerlukan  dalam kawasan yang dicanang untuk ditandingi  ungkap warga Sabah.

         Media Terkini yang cuba menghubungi kumpulan warga bagi 73 kerusi Dun Sabah dimaklumkan lumrah sebilangan orang parti politik berhasrat menjadi wakil rakyat sahaja, sebaliknya terlalu jauh agenda mereka memberi bantuan warga pengundi yang susah terutama diluar bandar walaupun mereka mampu namun dilaporkan terlalu banyak alasan diberi ujar orang ramai. 

       Ramai rakyat berdaftar sebagai pemilih dilaporkan sering diumpan oleh beberapa kumpulan ahli parti politik menyertai parti mereka sebagai jentera dibahagian yang dilapor mahu ditandingi mereka, sebaliknya golongan rakyat hanya diumpan menyokong mereka tanpa sebarang pemberian yang  dicadangkan pada peringkat cawangan yang diilhamkan pihak orang parti mereka.

        Dalam kejadian seumpama, setiap rakyat jelata harus  berwaspada dengan dakyah sebilangan ahli parti politik yang kerap berjanji namun tidak tertunai sehingga pilihan raya.











Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini   Kuala Lumpur.  Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan