Parlimen Sepanggar. Penduduk kawasan Parlimen Sepanggar terkilan bila melihat warga tempatan sanggup menjual Minyak Masak bersubsidi RM2.50 kepada RM4.50 dipekan Inanam hari ini.
Penjual terlibat selamba sahaja menjual minyak berkenaan kepada orang awam tanpa segan walaupun ianya tidak boleh dijual harga melebihi RM2.50 seperti saranan kerajaan, perbuatan seumpama wajar dipantau semua pihak agar warga peniaga tidak sesuka hati menjual barangan bersubsidi melebihi harga asal demi mengaut keuntungan peribadi.
Mungkin kah masih ramai menjual minyak masak pek bersubsidi seumpama dengan harga tinggi diseluruh negeri mahupun negara amnya?, hanya rakyat jelata yang mampu memberi maklumat bagi pendedahan warga yang sering mengambil kesempatan mengaut untung dari orang orang miskin jangka panjang.
Isu seumpama tidak mampu dikawal sepenuhnya tanpa kerjasama antara pihak berkuasa tempatan bersama rakyat jelata disetiap negeri, oleh yang demikian kementerian berkaitan dengan penjualan Minyak Masak Pek bersubsidi sekilogram harus berbincang rakyat memerangi isu tersebut.
Nota. Dilarang mencetak, mengedar, membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan