Kuala Lumpur. Ramai penyokong UMNO seluruh negara kebenaran tetap akan berpihak kepada pemimpin yang tidak bersalah jika berserah dan bertawakal kepada Allah swt.
Pembebasan Empat Puluh Pertuduhan Rasuah keatas Datu Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dibebaskan hari ini membuktikan Presiden Umno tersebut berwibawa terus mengetuai parti keramat berkenaan, malah majoriti ahli dan penyokong UMNO seluruh negara mengajak mereka yang terpedaya meninggalkan Umno dahulu agar kembali sama sama menguat perjuangan parti berkenaan menjelang pilihan raya akan datang.
Sementara kru Media Terkini Borneo juga yang membuat tinjauan keatas pembebasan Presiden Umno tersebut turut memperolehi pandangan positif beberapa ahli Umno tempatan, ada yang berjanji akan menyokong semula terhadap UMNO dan ada juga yang mengatakan mereka akan bersama dengan parti orang Sabahan dan tidak mahu parti Malaya ujar mereka beremosi.
Dengan pembebasan 40 kes rasuah terhadap Presiden Umno pada December 2024 satu harapan ahli dan penyokong UMNO Malaysia agar penerangan jelas perlu pada Umno Sabah, isu politik Sabahan yang memainkan parti Malaya perlu dipandang seluruh pemimpin tertinggi UMNO dan BN supaya rakyat Sabah tidak terpedaya dengan slogan Parti Malaya yang berterusan didalam politik Sabahan.
Nota. Dilarang mencetak, mengedar dan membuat ulasan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan