Isnin, 16 Disember 2024

KAKI PARTI POLITIK UMPAMA CENDAWAN TUMBUH

Oleh. Gifkir Aming dan Basron Kirwan 

Sabah. Ramai penduduk dalam negeri ini hairan mengapa terlalu banyak parti politik muncul menjelang pilihan raya namun hilang selepas pilihan raya.

         Pelbagai golongan yang muncul menawar diri menjadi calon menjelang PRN Sabah akan datang bermula sejak beberapa bulan yang lepas, hasrat mereka mahu bertanding dalam 73  kerusi Dun Sabah namun segala permohonan rakyat miskin dan memerlukan langsung tak mampu membantu.

        Kes ini majoriti berlaku dikalangan orang baru dalam parti politik yang tampil muka baru tanpa kejujuran menolong rakyat, malah golongan terlibat juga banyak bercakap memperjuangkan orang  orang miskin namun rakyat miskin mendakwa sekadar air liur tegas mereka.

         Ada juga dilapor berlumba lumba mahu mendaftar parti politik baru dipendaftar pertubuhan  dengan pelbagai jenama, namun bila orang miskin menemui golongan terlibat hanya laungan jangan meminta sebarang bantuan dahulu sebelum lepas pilihan raya jelas kumpulan terlibat.

         Kru Media Terkini Harian yang cuba menjejaki golongan orang parti politik baharu yang berkobar kobar menjadi calon PRN akan datang, mala pelbagai reaksi golongan pemimpin terlibat sehingga dikawasan 73 kerusi  Dun Sabah langsung tangan kosong ujar orang kampung. 

         Rakyat jelata yang ditemui mengaku mereka lebih bijak memilih calon parti politik yang iklas menolong rakyat dalam kawasan mereka masing masing, calon parti politik yang hanya memburu jawatan wakil rakyat semata mata tanpa keiklasan menghulur bantuan rakyat memerlukan baik diketepikan ujar mereka.








Nota. Dilarang mencetak, mengedar, membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan