Rabu, 18 Disember 2024

ISRAEL INTAI KEMUSNAHAN

Oleh. Huzera Ben/Danny Rew

Damsyik. Sejak kejatuhan Bashar Al-Assad Mantan Presiden Syria Zionis Israel terus
 mengintai pel

uang sama sama membangun kemusnahan negara Syria. 

     Malah zionis Israel juga seng

aja mengebom pelbagai prasarana peninggalanPresiden Bashar Al-Assad dibumi Syria namun pemberontak Syria hanya membisu tanpa melawan serangan Israel dibumi mereka.

        Ramai penduduk Damsyik mendakwa pemberontak Syria yang mengguling Bashar Al-Assad bagaikan bersekongkol dengan zionis Israel tanpa penentangan sampai masa kini, ianya terbukti bila mana Israel menghancurkan dermaga pelabuhan terbesar Syria selepas kejatuhan Bashar Al-Assad tanpa suara para pemberontak negara Syria jelas mereka.

        Media Terkini dimaklumkan beberapa kawasan persempadanan Syria dengan Israel terus dikepung tentera zionis Israel sehingga masa kini, sebaliknya golongan pemberontak Syria sekadar membisu tanpa menentang walaupun kemudahan yang tersergam indah dibumi mereka terus dibedil Zionis Israel.

       Mampukah Syria membangun dengan kerajaan sendiri tanpa campur tangan negara seperti Amerika Syarikat mahupun Israel amnya, hanya rakyat Syria yang mampu bersuara  meminta pemilihan penduduk seluruh negara mencari pemimpin dan presiden mereka yang berjiwa besar jelas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, mengedar dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan