Jumaat, 20 Disember 2024

SANA SINI DIBUAT TERMINAL

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Sebilangan pemandu Bus Mini Sewa membentuk Terminal Sendiri bagi berbaris menunggu penumpang yang belum pasti wujud, malah golongan terlibat dilapor bersifat samseng  sesuka hati memarahi pemilik bus mini lain jika mengambil rakan mereka di Bus Perhentian umum.

     Ini didedahkan warga Sabah sebagai perhatian Menteri Pengangkutan Malaysia tahun 2024 agar perbuatan mereka dapat dipantau sepanjang masa diseluruh negeri khususnya Kota Kinabalu, perbuatan mereka juga tidak  wajar dibiarkan menjadi hero menguasai Bus Stop Awam disepanjang jalan raya seluruh daerah Kota Kinabalu berterusan sepanjang masa tanpa hentinya jelas penduduk Sabah.

        Kebanyakan pemandu bus mini yang berlagak samseng dilaporkan orang muda muda dengan hanya berselipar sambil merokok menunggu dibus stop, perbuatan mereka ini juga merimaskan orang awam yang menggunakan Bus Stop menunggu kenderaan keluarga mereka setiap hari tanpa tahu dimana mengadu jelas mereka.

        Sehubungan dengan pendedahan ini penduduk asli Sabah meminta Menteri Pengangkutan Malaysia turun padang menggantung lesen bus mini yang disalahgunakan oleh pemandu, malah terlalu ramai pemandu bus mini menyewa sahaja tanpa kelengkapan sebagai pemandu pengangkutan awam sebenar yang diwajibkan pihak berkuasa tempatan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, mengedar dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan