Oleh. Norzaitie Kirwan
Kuala Lumpur. Isu ramai wanita melacurkan diri diseluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah wajar kajian punca ianya berlaku sepanjang tahun.
Antara pandangan
wargakota sebagai mengimbas pelbagai tangkapan pihak berkuasa yang terkait persundalan sepanjang tahun tanpa henti diseluruh negara. Kebanyakan wargakota mendedahkan jika gaji RM1,800.00 dipusat bandar dengan menyewa rumah kediaman pasti kebulur tanpa nafkah makan keluarga, golongan wanita bergelar Isteri yang sayangkan suami pasti bertindak diluar batasan demi makanan anak anak setiap hari sehingga terjebak kepada persundalan.
Selain kos permakanan satu lagi masaalah adalah persekolahan anak anak pasti membelenggu keluarga miskin apa tak lagi Sarawak dan Sabah kos sara hidup terlalu tinggi, ramai rakyat Malaysia mencadangkan kerajaan Madani mahupun setiap kerajaan negeri memberi satu bantuan khas bulanan dikalangan berpendapatan kebawah RM1,800 sebulan ujar mereka.
Sebagai contoh Sijil Amanah Rakyat Sabah dahulu boleh dilakukan oleh kerajaan Madani dengan kemasukan wang dalam Bank penerima setiap bulan umpama RM200.00, bagi kerajaan setiap negeri boleh memberi dalam bentuk yang sama RM150.00 sebulan juga memasuki kedalam bank akaun penerima setiap bulan bagi meringankan beban jelas orang ramai.
Dengan adanya inisiatif kerajaan Madani membantu rakyat Malaysia serta setiap kerajaan negeri tanpa ada pilih kasih rasanya perlakuan persundalan boleh dikurangkan atau dihentikan, ramai juga warga Sarawak dan Sabah yang dihubungi turut mengakui terlalu tinggi kos sara hidup dinegeri mereka namun memohon bantuan E. Kasih gaji bawah RM1,300 pun tidak layak diluluskan tiap bulan jelas mereka.
Adalah menjadi harapan semua rakyat Malaysia ditahun 2025 kerajaan Madani Pusat dan setiap kerajaan negeri menyediakan bantuan bulanan warga miskin berkahwin tanpa pilih kasih secara serentak tegas mereka, sasaran utama adalah bergaji atau berpendapatan kurang daripada RM1,800 sebulan diseluruh negara apa tak lagi Sarawak dan Sabah wajar diberi keutamaan demi kelangsungan hidup yang mencukupi.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan