Jumaat, 6 Disember 2024

MEREKA KIAN NAIK TOCANG

Oleh. Basron Kirwan 

Kota Kinabalu. Warga asli Sabah dalam daerah Kota Kinabalu perlu bersatu memboikot sebilangan pemandu bus mini naik tocang terhad
ap pengguna Bus Stop ya
ng terhalang oleh mereka
setiap hari.

        Ini didedahkan oleh sebilangan pengguna Bus Stop yang terhalang sebilangan Bus Mini berbaris bersusun setiap BUS STOP sepanjang jalan bagi menghalang orang lain mengguna bus stop berkenaan.  
            Kes seumpama buk

an perkara baharu malah sudah berlarutan bertahun lamanya tanpa ada kesedaran sebilangan pemandu Bus Mini malah tambah naik tocang pula setiap hari jelas orang ramai. 

         Sebilangan pengguna Bus Stop Awam meminta bantuan YB. Anthony Loke Siew Fook merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia bagi membatalkan permit pengangkutan kepada Bus Mini berbaris disetiap Bus Stop bukan terminal, ianya sangat mengganggu kemudahan awam yang diperlakukan sebagai Terminal setiap hari tanpa bertimbangrasa pada orang awam yang sentiasa mengguna bus stop menunggu kenderaan saudara mereka.

       Majoriti pemandu Bus Mini naik tocang mengamalkan budaya orang asing tidak mematikan injin bus mini mereka semasa berbaris  disetiap Bus Stop, ini membuat ramai orang menelan asap bus mini setiap orang awam menunggu kenderaan keluarga mahupun sahabat mereka dalam setiap BUS STOP awam.

           Sehubungan dengan pendedahan ini warga asli Kota Kinabalu mengharap sangat campur tangan Menteri Pengangkutan Malaysia bagi menghentikan perbuatan seumpama, perilaku seumpama berlaku akibat bus mini disewakan kepada orang kedua atau ketiga dari pemilik asal Bus berkenaan tegas warga Kota Kinabalu.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan