Ahad, 29 Disember 2024

PESAWAT TERBAKAR

Oleh. Helary Sukiono

Korea Selatan.  Pesawat Jeju Air Boeing 737 no 2216-800 terbakar selepas hilang kawalan dilapangan terbang  Korea Selatan hari ini.

      Nasib penumpang berjumlah 175 bersama  6 orang anak kapal masih lagi didalam usaha pencarian sehingga berita ini  ditulis walaupun bangkai pesawat kelihatan kebakaran sepenuhnya menurut laporan pihak berkuasa tempatan.

      Pesawat tersebut dilaporkan mengalami masaalah gear dan roda gagal berfungsi semasa berada dilandaskan untuk dihentikan sehingga melanggar pagar landasan, namun pihak berkuasa Korea Selamatan masih menyiasat  punca sebenar kejadian berkenaan disamping mengesan jumlah sebenar yang terkorban semasa pesawat berkenaan terbakar.

       Kejadian  seumpama wajar dijadikan iktibar setiap negara khususnya dikalangan negara negara membangun supaya sentiasa berwaspada setiap masa, pesawat sentiasa diberi pemeriksaan disamping  lapangan terbang wajar diberi penyelanggaraan setiap kali terdapat pesawat yang mendarat ujar warga tempatan




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar  harian ini, tanpa kelulusan  pengurus penyiaran dan pengiklanan akbar Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan