Sabtu, 14 Disember 2024

MENGAPA RAMAI TIDAK PEKA DOTEMPAT AWAM

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Sebilangan warga dalam negeri ini langsung tidak peka merokok berulangkali ditempat orang awam, ianya membabitkan warga asing dengan warga tempatan yang gemar bersekongkol dengan warga asing.

      Selain dari itu, dilaporkan majoriti Rokok yang digunakan  golongan perokok adalah rokok seludup dengan asap lain macam, perlakuan mereka langsung tidak menghormati orang ramai disekeliling mereka apa tak lagi kanak kanak dan warga emas.

          Ini didedahkan sekumpulan warga emas yang menemui kru Media Terkini Borneo dekat sini  sebagai meluahkan rasa geram mereka terhadap perokok ditempat awam semalam, majoriti warga emas terlibat sudah tidak tahan dengan perilaku perokok ditempat awam dimana potongan rokok mereka juga dibuang bersepah tanpa tahu asas kebersihan persekitaran ujar mereka. 

     Apa pun isu seumpama perlu diberi perhatian kerajaan Sabah bagi membentuk rakyat jelata yang sihat disamping  menjaga kebersihan persekitaran kawasan tempat awam, penguatkuasaan juga sangat penting bagi mencegah penjualan rokok seludup yang tidak berpenghujung sehingga kehari ini bagi seluruh negeri Sabah jelas warga yang ditemui.




Nota. Dilarang mencetak, mengedar memuat  iklan niaga dan membuat ulasan berita didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan didalam akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan