Isnin, 16 Disember 2024

TEMUI SEMUA DIAKAR UMBI

Oleh. Basron Kirwan dan Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Langkah seluruh pemimpin Umno BN negeri ini perlu sama sama turun padang menemui seluruh rakyat jelata, sikap tunggu dan lihat dikalangan para pemimpin bahagian dan cawangan bakal mengundang kehilangan sebilangan ahli dan penyokong dalam PRN akan datang. 

         Antara suara ahli ahli veteran Umno BN yang menemui Media Terkini Harian sebagai mengulas situasi  kedudukan Umno BN bagi negeri Sabah yang ramai berpindah ke gabungan parti tempatan, permainan parti Sabahan yang memain isu Sabah untuk Sabah banyak menarik ahli dan penyokong UMNO BN  akibat kurang memahami apa isu yang sebenar ada dalam negeri tersebut tegas mereka. 

         Ahli dan Penyokong Veteran UMNO BN bagi Sabah sangat berharap satu gerak kerja perlu dibuat segera para pemimpin mereka disetiap bahagian dan cawangan, ini bagi menangkis dan memberi kefahaman bahawa sintemen Sabah untuk Sabah langsung tidak boleh diterima sebagai agenda politik tanpa melihat apa yang ada didalam Sabah sendiri ungkap mereka.

         Sebaliknya akibat sebilangan orang asli Sabahan yang kurang wawasan pembacaan berita berita semasa bagi akbar akbar berlesen maka muda sahaja mereka menyertai gabungan parti Sabahan, tambahan ada juga pemimpin Bahagian dan Cawangan Umno BN yang turut membisu dan senyap keluar membawa ahli dan penyokong mereka menyertai ahli dan penyokong ke parti Sabahan jelas mereka.

         Dalam tinjauan Media Terkini Harian Malaysia Umno BN Sabah masih teguh dibeberapa kawasan namun tidak dinafikan ramai sudah yang menyertai parti Sabahan, Umno BN Sabah boleh dipulihkan penyokong dan ahli mereka jika pasukan turun padang digerak pantas bagi mendekati rakyat jelata disamping berkerjasama media massa bagi menepis dakyah musuh politik.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, mengedar dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan