Jumaat, 27 Disember 2024

MAMPUKAH TUNJUK PERASAAN MENGUBAH KERAJAAN?

Oleh. Joupis Anak Lagau

Sabah. Isu tunjuk perasaan yang dianjurkan tiga kumpulan dalam negeri ini di Kota Kinabalu dipersoal orang asli Sabahan, adakah ianya mampu merubah kerajaan negeri tanpa proses pilihan raya yang sebenar atau ianya sekadar ambil nama golongan tertentu sahaja.

         Ini persoalan yang dilontarkan para veteran pasukan keselamatan Sarawak Sabah bagi mengulas tindakan ketiga tiga kumpulan merancang himpunan aman pada 31 Dec 2024 akan datang.

        Majoriti warga desa tidak tahu perbuatan seumpama melainkan  proses pilihan raya baharu mereka keluar bagi mengundi sebenar ungkap veteran keselamatan Sarawak Sabah hari ini. 

      Golongan veteran pasukan keselamatan mencadangkan seluruh warga Sabah yang berdaftar sebagai pengundi menunjuk protes masa pilihan raya sahaja, berhimpun penunjuk perasaan secara aman walau beribu orang sekalipun tidak mampu menukar kerajaan sedia ada melainkan proses pilihan raya sahaja ungkap mereka.

          Berhimpun dalam jumlah yang ramai hanya menimbulkan ketegangan jika bertembung  setiap pasukan  yang berhimpun, tidak wajar lah warga berdaftar pengundi terus menjadi peserta perhimpunan sedangkan pangkah undi mereka mampu memilih calon yang bertanding di 73 Dun Sabah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

      
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan