Rabu, 4 Disember 2024

UMNO PERLU DIMANTAPKAN

Oleh. Koijul Hairol dan Norsham Haji Tukirin

Kuala Lumpur. Warga seluruh negara perlu memantapkan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional sebagaimana kejayaan Melaka masa kini warga serantau perlu perkasakan.

         Semua negeri yang memiliki UMNO BN antara pemimpin lama dan baru harus seiring bersama rakyat berbilang bangsa dan agama demi memperkukuhkan jentera dari masa kesemasa, hanya hubungan erat antara pemimpin bersama rakyat mampu memperkasa kekuatan parti mendepani pilihan raya negeri mahupun parlimen dimasa akan datang.

            Media Terkini harian Malaysia dimaklumkan hanya Sarawak sahaja yang tidak mempunyai sayap UMNO BN namun warga Sarawak terus menyokong dan menghormati UMNO, manakala Sabah pula dibawah kepimpinan Datuk Seri Bung Mokthar Raden Pengurusi UMNO Sabah harus terus memperkasa hubungan erat seluruh rakyat diperingkat 73 kerusi Dun Sabah.

            Ramai rakyat Malaysia diseluruh negara termasuklah penduduk Sabah dan Sarawak hadir bertandang ke Melaka dengan kepesatan pembangunan serta ekonomi orang Melaka sungguh tak diduga mereka, malah beberapa penduduk Sabah yang mengunjungi Melaka memuji kerajaan UMNO BN negeri  tersebut yang cukup berjaya memulih kehidupan sedarhana  warga tempatan yang ditemui. 

       Hanya suara dan pandangan seluruh warga Malaysia dari pelbagai negeri termasuklah Sabah mengakui kejayaan Kerajaan UMNO BN negeri Melaka, langkah kepimpinan UMNO BN Melaka mendampingi seluruh rakyat jelata berbilang bangsa dan agama mampu menarik pelabur asing kenegeri mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan