Jumaat, 1 Oktober 2021

PENGABAIAN SOP PENULARAN COVID 19 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Borneo .Isu penularan virus Covid 19 antara Sarawak dan Sabah banyak dilaporkan berpunca dari pengabaian pematuhan SOP seperti penjarakan diri dan pemakaian Pelitup Muka yang bersangkut didagu tanpa menutup hidung antara wanita dan lelaki setiap hari dikhalayak ramai. 

Anehnya perbuatan berleluasa masyarakat mengabaikan pemakaian pelitup muka dan penjarakan diri langsung tidak dihiraukan oleh masyarakat amnya petugas yang memantau SOP dikawasan bandar dan pekan setiap hari walaupun puluhan mata orang memandang namun golongan terlibat langsung tidak serba salah. 

Menurut orang ramai yang ditemui, walaupun kerajaan Sarawak dan Sabah berjaya mevaksinkan 80 peratus rakyat mereka jika pengabaian penjarakan diri serta pelitup Muka disangkut pada dagu tanpa menutup hidung dan mulut virus Covid 19 akan terus merebak dalam jumlah tertinggi setiap hari dikedua-dua dua negeri terbabit sepanjang masa ujar mereka. 

Sehubungan dengan pendedahan ini orang asli Sarawak dan Sabah meminta kerajaan kedua dua negeri menggunakan petugas terlatih dari Tentera dan Polis sahaja bagi mendepani kedegilan masyarakat gagal mematuhi penjarakan diri serta menggantung pelitup muka dibawah dagu agar semua yang bersalah mematuhi arahan MKN bagi memutuskan rantaian covid 19 dimasa akan datang. 







Nota. Dilarang mbuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan