Oleh. Koijul Hairul
KDM RAMAI SERTAI BERSATU
Tampaluri. Siapa menduga masyarakat KDM
mula menyertai keahlian
didalam Parti Peribumi Bersatu Malaysia atas kerelaan mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh mahupun imbuhan dalam
menyertai parti tersebut.
Ini diakui masyarakat kawasan DUN Tampaluri yang hairan sokongan luar biasa parti tersebut dikalangan etnik KDMR saling bertambah menyertai parti tersebut setiap bulan walaupun banyak parti tempatan yang boleh dijadikan pilihan bagi menyokong kerajaan yang berkhidmat sebagai
kerajaan masa kini.
Kru Media Terkini yang meninjau kawasan DUN Tampaluri dan DUN Kiulu dimaklumkan ahli PPBM dalam dua kawasan tersebut semakin meningkat walaupun tidak ada sebarang jawatan diperolehi namun keyakinan mereka (Ahli) berjuang dalam parti tersebut cukup teguh tanpa muda berputus-asa jelas penduduk setempat.
DUN Tampaluri serta DUN Kiulu merupakan kerusi mutlak Parti Bersatu Sabah sejak beberapa dekad yang lalu namun sejak kemasukan PPBM ke Sabah ramai masyarakat setempat sudah menyertai parti tersebut dengan rela hati dan tidak ada unsur paksaan ungkap penduduk setempat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan