Jumaat, 29 Oktober 2021

PENGEMIS MULA KELUAR 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Sebaik serangan Covid 19 mulai menurun dinegeri ini muncul pula Pengemis Warga Asing membanjiri setiap bandar tanpa ada pengawalan dari pihak berkuasa walaupun bergelimpangan sekitar lorong lorong depan kedai perniagaan sepanjang hari. 

Peminta sedekah ini mempergunakan kanak kanak kecil  sebagai meraih simpati orang ramai bagi memperolehi sumbangan yang lebih dari orang ramai setiap hari sedangkan golongan terlibat dilaporkan cerdas dan sihat tanpa kecacatan pada diri mereka. 

Menurut maklumat orang ramai kumpulan peminta sedekah ini bertahun tahun sudah menjalankan kegiatan mengemis dalam keadaan badan sihat namun sebagai meraih simpati anak kecil dibawa sekali agar lebih ramai yang menghulur wang sedekah walaupun tidak dapat dipastikan anak terlibat sebagai anak mereka atau anak saudara mereka tegas orang ramai yang ditemui. 

Warga asli dalam negeri ini meminta pihak kerajaan negeri ini terus memburu peminta sedekah dilaporkan warga asing agar tidak mencemar nama baik negeri Sabah dimata para pelancong asing setiap masa. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 





 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan