Oleh. Tedung Selar
Bandar Hilir. Sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri dibubarkan semalam pelbagai persoalan dihujahkan oleh masyarakat tempatan sejauh manakah kekuatan kedua dua pemimpin BN dan Pakatan Harapan diseluruh negeri ini.
Umno memiliki 14 Kerusi Dun negeri Melaka manakala DAP 7 kerusi, PKR 2 kerusi, Amanah 2 Kerusi dalam Pakatan Harapan manakala Bersatu 2 kerusi serta Bebas 1 kerusi.
Kemelut politik Melaka bergolak sebaik 4 DUN berpaling tadah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri Melaka menyebabkan DUN Negeri dibubarkan.
Sebaik Dun tersebut dibubarkan satu pilihan raya bakal diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pewartaan pembubaran DUN negeri Melaka dimana UMNO BN akan menghadapi Pakatan Harapan disamping Perikatan Nasional Bersatu jika tidak ada perundingan pengagihan kerusi dalam pilihan raya kelak.
Diantara DUN BN yang hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka telah dipecat oleh UMNO BN yang diumumkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengurusi BN hari ini dimana dua Adun terlibat ialah Datuk Seri Idris Hari. DUN Sungai Udang dan Datuk Noor Azman Hassan DUN Pantai Kundur.
Dalam perkembangan politik Melaka terletak ditangan pengundi negeri tersebut sama ada memberi sokongan terhadap UMNO BN atau Pakatan harapan yang masing masing memiliki 14 kerusi dan 11 kerusi DUN masa kini tidak termasuk 2 kerusi Bersatu dan 1 Kerusi Bebas masa kini.
UMNO BN perlu memperkasa jentera jika mahu mendapat sokongan rakyat Melaka bagi mengenepikan Pakatan Harapan namun jika tidak berjaya mendapat sokongan rakyat lebih dari 18 kerusi DUN mungkin Pakatan Harapan boleh memperolehi lebih dari 11 kerusi DUN berdasarkan bantuan 4 DUN yang menolak sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka yang baharu dari BN semalam.
Rakyat Melaka yang tidak senang dengan pembubaran tersebut juga perlu diberi penjelasan oleh kepimpinan UMNO BN sebagai meraih sokongan dalam pilihan raya kelak.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan