LORI PENGANGKUT BATU KELIKIR TERBALIK
Oleh. Williem Anak Lagau
Telipok. Sebuah lori pengangkut batu kelikir dilaporkan terbalik dijalan perkampungan Kebayau Tamalang dekat sini petang hari ini dan pemandu dilaporkan selamat.
Kawasan kejadian dilaporkan jalan sempit dan berada ditanah tinggi yang tidak boleh berlaluan dua kenderaan serentak jika bertemu dijalan berkenaan demi mengelak kemalangan berlaku salah satu kenderaan hendaklah berundur sebagai bertimbangrasa sesama pemandu.
Menurut penduduk kampung lori yang terbalik adalah dalam berkerja mengangkat batu kelikir bagi menimbus jalan raya Kg. Kebayau yang akan disimen konkrit lebih 75 meter dan tidak dapat dipastikan bagaimana ianya boleh terbalik kekawasan tanah tinggi munurkan ia tersangkut pada sebatang pokok dibawah jalan raya terang orang kampung.
Sebagai memelihara keselamatan semua pihak golongan pemandu kenderaan wajar bertimbangrasa dengan mempeelahankan kenderaan setiap kali berjumpa.pa lori pengangkut batu kelikir membuat jalan raya kampung terlibat tanpa membiarkan kejadian lori kemalangan lagi.
Semua pekerja membina jalan raya Kg. Kebayau Tamalang dinasihatkan berwaspada semasa berkerja disepanjang jalan raya tersebut agar berhenti dikawasan yang luas jika berjumpa kenderaan lain disepanjang raya tersebut.
Sehingga berita ini ditulis belum ada maklumat berhubung lori berkenaan sudah dikeluarkan dari tanah tinggi atau sebaliknya namun harapan ianya menjadi iktibar semua pihak supaya keselamatan nyawa sama sama terpelihara sepanjang masa .
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan