Oleh. Williem Anak Lagau
Menggatal. Percaturan politik memerintah dan parti parti pembangkang terus menjadi tanda tanya siapakah yang baka menenangi dalam PRU kali ke 15 akan datang.
Parlimen Sepanggar mempunyai 3 kerusi DUN ia itu N. 16 Kerambunai, N.17 Darau dan N. 18 Inanam.
Dua kerusi Dewan Undangan Negeri Darau dan Inanam adalah kubu kuat Parti Warisan dan PKR dalam pilihan raya negeri sabahbaru baru ini manakala DUN Kerambunai dilaporkan UMNO BN hanya menang tipis 16 undi sahaja.
Parlimen Sepanggar telah dimenangi Parti Warisan Sabah pada PRU ke 14 yang lalu menerusi calon nya Datuk Ajis Jamman yang menang besar 28,420 undi dengan jumlah majoriti 12,984 undi.
Datuk Aziz Jamman daari Parti Warisan ditentang calon UMNO BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dengan undi 15,436 Calon Parti SAPP Jeffery Kumin dengan undi 2,958 (hilang wang pertaruhan) dan calon Parti Cinta Sabah Robert Sopining dengan undi 971 juga hilang wang pertaruhan.
Dalam menghadapi PRU ke 15 yang bakal menjelang siapakah yang mampu meraih sokongan rakyat dalam parlimen Sepanggar antara Warisan dengan sokongan Pakatan Harapan dan UMNO yang disokong Gabungan Rakyat Sabah bagi menarik pengundi dalam tiga kerusi Dewan Undangan Negeri sebagai persediaan PRU ke 15 kelak.
Dalam percaturan merebut parlimen Sepanggar dalam PRU ke 15 BN UMNO dan GRS perlu mendekati pengundi Cina dan KDM jika mahu meraih kemenangan besar pengundi DUN Inanam serta pengundi DUN Darau disamping memperkasa hubungan rakyat di DUN Kerambunai tanpa mengira darjat rakyat jelata jelas pengundi Sepanggar yang ditemui.
Bagi Warisan dan Pakatan Harapan mereka mempunyai dua aset menerusi DUN Darau dan DUN Inanam yang mereka menangi dalam pilihan raya negeri Sabah ke 16 lepas.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbarini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan