Rabu, 20 Oktober 2021

Berita Ringkas 

Oleh. Jasly Dollah 

Kota Kinabalu. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menafikan viral pembukaan Pasar Malam, Tamu Mingguan, Pasar Tani dan Tamu Mingguan diseluruh daerah kawasan bandaraya Kota Kinabalu yang viral sejak awal pagi hari ini akibat perbuatan golongan tidak bertanggungjawab kata  Datuk Noorliza Awang Alip Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dalam satu kenyataan rasmi hari ini. 

Awal pagi hari ini viral pembukaan Tamu dan Pasar Malam tanpa tanda tangan serta menggunakan logo Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dilaman sesawang serta watshap group yang mengumumkan pembukaan tersebut secara berperingkat menurut surat yang tidak di ketahui dari mana asal pekeliling tersebut. 

Sejak viral notis pembukaan Pasar Malam, Tamu Mingguan dan Pasar Tani ramai penjaja mula merancang mahu menyertai pembukaan tersebut sehingga DBKK mengeluarkan satu surat rasmi menafikan akan ada pembukaan seumpama ujar Mayor Bandaraya Kota Kinabalu lewat petang hari ini. 

Sehubungan dengan penafian ini semua penjaja dan peniaga kecil dan sederhana seluruh Bandaraya Kota Kinabalu mengabaikan notis  pembukaan  tersebut yang telah dinafikan oleh Bandaraya Kota Kinabalu. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan