PETUA MENCEGAH COVID 19 CARA TRADISI
Oleh. Jaitos Dumiri
Borneo.
Sebilangan warga Kalimantan mendakwa pelbagai cara mencegah jangkitan Covid 19 sebelum parah termasuklah mandi tangas ramuan terpilih dan boleh juga meminum rebusan pelbagai jenis herba yang ada dimuka bumi ini termasuklah yang ditanam atau tumbuh meliar didalam hutan sebagai usaha bersandarkan
doa pada Allah maha berkuasa.
Sebaliknya masih ramai warga tidak yakin dengan segala pemberian Allah sehingga semua herba ramuan bagai dilupakan walau didepan mata sekalipun namun terus juga memburu kaedah moden yang belum teruji lebih lama bagi memastikan kemampuan merawat penyakit individu yang memerlukan rawatan penyakit mereka .
Ramai warga Kalimantan Borneo yang menggunakan pelbagai herba tumbuhan namun ianya tidak terungkai tatapan umum berikutan para pengguna berada diperkampungan terpencil dengan kesihatan mereka yang penuh stabil tegas penduduk setempat.
Menurut penduduk kampung sekitar Kalimantan sememangnya ramai pengguna pelbagai herba tradisional untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit namun tidak di iktiraf oleh perubatan moden walaupun khasiatnya lebih meyakinkan ramai pengguna yang sembuh ujar mereka.
Pencarian herba perubatan tradisional dihutan memerlukan doa mengikut agama masing masing agar mukjizatnya terbukti berkesan terhadap setiap pengguna tanpa mengira jantina dan usia asalkan diamal berterusan sampai sembuh sepenuhnya jelas penduduk tempatan yang ditemui.
Untuk rekod warga Kalimantan Borneo mengakui kaedah herba perubatan tradisional sememangnya menjadi warisan turun temurun mereka tanpa mengira bangsa dan agama yang amat berkesan menyembuhkan penyakit masyarakat mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan