Khamis, 28 Oktober 2021


 RAMAI ENGKAR MEMAKAI PELITUP MUKA 

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Akibat terlalu taksub 2 dos suntikan vaksin sebilangan warga Sabah sudah mula ingkar tidak lagi memakai pelitup muka dengan sempurna malah sekadar menyangkut pelitup muka pada bahagian dagu sahaja dengan membiarkan mulut dan hidung terbuka luas menunggu virus Covid 19 memasuki rongga mulut dan hidung mereka. 

Selain tidak memakai pelitup muka sebilangan warga dalam negeri ini tidak lagi mematuhi jarak setiap orang dikhalayak ramai namun dilaporkan kurang pemantauan dari pihak berkuasa tempatan malah segelintir sukarelawan yang beruniform sekadar duduk dipondok keselamatan mereka tanpa menghiraukan kegagalan penjarakan diri serta gagal memakai pelitup muka menutupi hidung dan mulut setiap hari dikhalayak ramai ujar penduduk tempatan.

Isu kurangnya pematuhan penjarakan diri serta kegagalan pemakaian pelitup muka dipelusuk bandar dalam negeri ini sangat membimbangkan terutama di Kota Kinabalu pusat bandaraya sejak virus Covid 19 melanda dunia dengan angka kematian hampir 5 juta orang sejak 2019 lagi. 

Sehubungan dengan pendedahan ini sebilangan orang asli Sabah meminta kerajaan negeri memperketatkan kawalan dikawasan umum supaya kegagalan mematuhi penjarakan diri serta tidak memakai pelitup muka dengan sempurna dapat dikawal setiap hari bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 ujar mereka. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan