Oleh. Huzera Ben
New York. Tidak ada sebarang petanda virus Covid 19 tunduk dengan vaksin diseluruh dunia melibatkan negara negara maju seperti Amerika Syarikat, Brazil, Rusia serta lain lain negara maju yang lain berikutan rekod kematian hari ini akibat serangan Covid 19 melebihi 5,003,902 orang manakala jangkitan terus melebihi 246 juta orang.
Amerika Syarikat terus merekodkan kematian serangan Covid 19 melebihi 765,696 orang sejak 2019 sehingga hari ini, disusuli Brazil lebih 607,504 orang dalam tempoh yang sama manakala India lebih 457,773 orang juga pada tempoh yang sama.
Negara Mexico merekodkan kematian serangan Covid 19 sejak 2019 sehingga ke hari ini lebih 287,631 orang, Rusia lebih 236,220 orang dalam tempoh yang sama, United Kingdom lebih 140,392 orang juga dalam tempoh yang sama manakala negara Itali lebih 132,037 orang pada tempoh yang sama tanpa ada petanda Covid 19 tunduk dengan vaksin yang telah disuntik hampir keseluruhan manusia seluruh negara negara maju termasuklah negara negara membangun.
Dinegara Perancis Covid 19 telah membunuh lebih 117,649 orang sepanjang tempoh tahun 2019 sehingga ke hari ini, Indonesia Covid 19 terus membunuh 143,361 orang juga dalam tempoh yang sama tanpa ada petanda ianya tunduk dengan Vaksin yang telah disuntik hampir keseluruh badan manusia yang terus bebas berkeliaran disetiap negara masing masing.
Bagi negara membangun Filipina terus mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 42,621 orang sejak tahun 2019 sehingga ke hari ini, disusuli Malaysia lebih 28,832 orang juga sepanjang tempoh yang sama, manakala negara Thailand terus merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 19,170 orang juga dalam tempoh yang sama.
Sampai bilakah Covid 19 ini bakal berakhir sebaik seluruh lapisan warga didunia lengkap dos penggalak vaksin dos ketiga atau adakah Covid 19 ini akan terus membunuh manusia tanpa memilih golongan vaksin dan tidak vaksin sepanjang masa tanpa henti?, hanya pakar pakar perubatan seluruh dunia yang mampu menjawab persoalan ini selain berserah dengan ke Tuhanan agama masing masing diseluruh dunia agar mampu meminta perlindungan dengan nya agar terhindar dari serangan penyakit tidak memilih ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan