Jumaat, 15 Oktober 2021

STATUS WARGA ASING MENAKUTKAN 

Oleh. Gason Dumiri 

Lahad Datu. Orang asli dalam negeri ini yang bermastautin disekitar Lahad Datu bimbang dan takut generasi mereka terpalit dengan kegiatan warga asing yang sanggup mengedar pelbagai jenis dadah secara kecil kecilan berterusan jangka panjang tanpa takut dengan undang undang serta hukuman yang menanti walaupun dihebahkan setiap hari. 

Ramai  orang asli Sabah yang berkerja dikawasan Lahad Datu dengan menyewa dekat tempat mereka berkerja terpaksa balik ke kampung halaman sekitar kawasan tersebut akibat takut warga asing yang menjadi jiran mereka berkerja selaku pengedar sehingga ramai yang ditahan pihak berkuasa ujar orang asli yang menghubungi Media Terkini.

Akibat terlalu ramai kumpulan watmrga asing yang menjadi pengedar kawasan Lahad Datu orang asli Sabah kawasan sekitar terpaksa balik kampung halaman demi mengelak generasi mereka menjadi hamba dadah orang asing dalam jangkamasa panjang. 

Sehubungan dengan pendedahan ini orang asli Sabah di Lahad Datu mengingatkan pemilik rumah sewa seluruh kawasan tersebut agar berwaspada dengan warga asing yang menyewa tanpa pekerjaan tetap agar menolak mereka dari menyewa demi mengelak rumah sewa terlibat menjadi stor penyimpanan pelbagai jenis dadah ujar mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan