Rabu, 27 Oktober 2021


 Oleh. Williem Anak Lagau 

SUSAH KAH PAKAI PELITUP MUKA? 

Sabah.  Sejak beberapa minggu lepas isu pemakaian pelitup muka dilaporkan tidak lagi dipatuhi oleh sebilangan masyarakat walaupun berjalan dikhalayak ramai mereka  menggantung pelitup muka pada bahagian dagu sehingga mulut dan hidung terbuka luas. 

Anehnya kebanyakan yang dilaporkan menggantung pelitup muka pada dagu adalah remaja diatas 16 tahun sehingga dewasa lebih 60 tahun. 

Menurut orang ramai yang ditemui golongan menggantung pelitup muka pada dagu bukan sahaja lelaki malah kaum wanita juga turut melakukan perkara yang serupa menggantung pelitup muka pada bahagian dagu walaupun puluhan mata memandang dengan mereka bagai tak rasa serba-salah. 

Sehubungan dengan pendedahan ini langkah memperketatkan SOP dikhalayak ramai seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan diri diantara satu sama lain wajar dikuatkuasakan terutama petugas keselamatan agar orang ramai lebih menurutinya tanpa rasa berdalih dengan salah silap mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions  House Kuala  Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan