Jumaat, 22 Oktober 2021

COVID 19 TERUS MEMBUNUH 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Vaksin tidak mampu menghalang serangan Covid 19 terhadap setiap masyarakat yang melanggar penjarakan sosial dan menggantung pelitup muka pada dagu dengan membiarkan hidung dan mulut terbuka dikhalayak ramai tanpa mengira negara maju atau negara membangun. 

Sehingga ke hari ini Covid 19 telah membunuh lebih 4.94 juta orang diseluruh dunia sejak tahun 2019 sehingga ke hari ini manakala jangkitan lebih 243 juta orang tanpa tunduk dengan vaksin akibat perlanggaran SOP penjarakan diri dan tidak memakai pelitup muka bagi menutup hidung dan mulut dikhalayak orang ramai. 

Amerika Syarikat telah merekodkan kematian  serangan Covid 19 lebih dari 753,747 orang, disusuli negara Brazil lebih 604,764 orang, India lebih dari 453,076 orang dan Mexico lebih 285,347 orang. 

Turut merekodkan kematian serangan Covid 19 yang tinggi ialah negara Rusia lebih 227,389 orang dengan disusuli negara United Kingdom lebih 139,146 orang, negara Itali juga mencatatkan kematian lebih 131,724 orang manakala negara Perancis lebih 117,411 orang. 

Bagi negara membangun Indonesia mencatatkan kematian serangan Covid 19  lebih dari 143,120 orang disusuli negara Filipina lebih dari 41,237 orang negara Malaysia lebih 28,234 orang dan Thailand lebih dari 18,559 orang. 

Dalam konteks ini bagi memutuskan rantaian covid 19 semua masyarakat perlu menjarakan diri dengan sekurang kurangnya 5 kaki antara satu sama lain manakala pelitup muka hendak lah dipakai menutup hidung dan mulut dan bukan disangkut pada dagu bagai orang tidak cukup akal apa tak lagi pekerja awam dan swasta termasuklah sukarelawan yang dibayar gaji menjaga lokasi lokasi yang menjadi tumpuan umum dan sentiasa diperhatikan semua orang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan