CABARAN KONTRAKTOR DIJALAN KEBAYAU
Oleh. Gifkir Aming
Telipok. Projek melaksanakan KONGKRIT jalan Kg. Kebayau sejauh 750 meter dilaporkan mengalami pelbagai cabaran berikutan Lori terbalik kebawah bukit dan Lori Kren yang hampir terjunam kebawah bukit namun nasib menyebelahi kedua dua pemandu mereka apabila lori batu dan lori kren diselamatkan oleh pokok kayu besar dan Tiang Letrik yang berbakti ujar penduduk Kg. Kebayau masa kini.
Projek kongkrit jalan Kg. Kebayau dilaporkan dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang disalurkan menerusi Datuk Yakub Khan Wakil Rakyat DUN Kerambunai merangkap Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah.
Kg. Kebayau Telipok merupakan terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kerambunai dan adalah wajar dibangunkan oleh wakil rakyatnya namun terlalu banyak cabaran kontraktornya bukan sahaja lori pengangkut batu kelikir terbalik malah lori kren juga hampir terjun kebawah bukit mujurlah tersangkut pada tiang letrik lapor penduduk kampung.
Media Terkini dimaklumkan beberapa lokasi sepanjang jalan raya Kg. Kebayau Telipok memiliki penunggu keras jika tidak tahu meminta izin bagi melintasi dan membongkar jalan yang dibaiki pasti akan diganggu pihak penunggu keras terlibat ujar beberapa wargatua kampung yang ditemui.
Apapun penduduk kampung Kebayau sangat mengharap kepada Datuk Yakub Khan dapat berbuat sesuatu sebagai doa selamat bagi menjauhi gangguan petugas membina kongkrit sepanjang jalan raya tersebut terlebih dahulu bagi kelancaran kerja tanpa gangguan ujar mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan