Oleh. Huzera Ben
New York. Dunia yang hampir majoriti rakyat sudah divaksin terus diserang Covid 19 dengan peningkatan kematian setiap hari dinegara negara maju tanpa memilih golongan dewasa atau muda kaya atau miskin.
Sehingga hari ini lebih 4.79 juta mati diserang Covid 19 sejak dari tahun 2019 manakala jangkitan Covid 19 melebihi 234 juta orang dalam tahun yang sama diseluruh dunia.
Amerika Syarikat mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 716,000 orang, Brazil 596,800, India 448,372 orang.
Ketiga tiga negara terbabit memiliki vaksin keatas rakyatnya yang tinggi dan memberangsangkan sehingga hari ini namun Covid 19 tidak memilih golongan asalkan terjangkit dan kekuatan anti body badan tidak kuat pasti korban akan menanti terutama golongan pesakit kronik yang terdapat diseluruh dunia.
Negara Mexico mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 276,972 orang, Rusia lebih 206,000 United Kingdom 136,662 orang, Itali 130,921 orang, Francis 116,713 orang.
Bayangkan semua negara terbabit merupakan negara negara maju dan berkeupayaan membasmi Covid 19 serta telah banyak memberi suntikan vaksin pada rakyatnya namun Covid 19 terus membunuh.
Negara yang mencatatkan kematian Covid 19 lebih 94,000 ialah Jerman dan Sepanyol pula mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 86,000 orang.
Bagi negara negara membangun Indonesia merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 141,939 orang, Filipina 38,294 orang, Thailand 16,727 orang dan Malaysia 26,335 orang yang juga negara negara terlibat juga sedang rancak menyusun pevaksinan kepada seluruh rakyat mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan