Rabu, 4 November 2020

 HARTAWAN TERSOHOR MENYAMAR PENGEMIS 

Oleh. Helary Sukiono 

Kaherah. Penyamaran seorang Wanita Hartawan menjadi pengemis jalanan menggunakan Kerusi Roda akhirnya memakan diri berikutan dicekup pihak berkuasa yang dilaporkan membuat pengintipan hasil maklumat orang awam, kegiatan wanita Hartawan terbongkar berikutan berpura pura kudung kaki sebelah namun selepas selesai kegiatan mengemis jalanan ianya mampu berjalan seperti orang ramai dengan lebih pantas membuatkan orang awam tempatan membuat laporan terhadap pihak berkuasa.


Sebaik dicekup pihak berkuasa tempatan pengemis tersebut (Gambar) memperkenalkan nama Nafisa  berusia 57 tahun dan mengaku menyamar selaku OKU Kudung Kaki Sebelah walaupun ianya penyamaran semata mata jelas beliau.

Menurut Nafisa dalam hujahan siasatan pihak berkuasa tempatan beliau memiliki bangunan Gharbia, bangunan Qaliubia bersama dengan wang berjumlah 3 Juta Paun bersamaan RM795,000 dalam akaun bank simpanan nya. 

Terdapat juga maklumat yang mendakwa didalam rumah Nafisah mempunya wang tersimpan jutaan paun Mesir hasil dari pendapatan beliau sebagai pengemis penipu.






Nota. Dilarang memuatkan ulasan berita mahupun menyiarkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan