Semua Gambar Dipaparkan Sekadar Hiasan
Oleh. Jasly Dollah
ISU PENYAKIT BELUM SELESAI WUJUD MINUMAN BERACUN BERJADUAL
Kuala Lumpur. Dalam negara menghadapi penularan penyakit Covid 19 tidak serik warga tempatan mempromosikan pelbagai produk yang meragukan malah mungkin terdapat juga produk yang tergolong didalam minuman bercampur racun berjadual SILDENAFIL, TADALAFIL, DEXAMETHASONE dan PREDNISOLONE.
Ini merupakan pengumuman Tan Sri Dr. Nor Hisyam Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang mengumumkan terdapat lebih dua puluh minuman bercampur dengan racun berjadual dipercayai berada didalam negara dengan menggunakan laman FB dan Watsap Group memudahkan pemasaran mereka.
Berdasarkan pendedahan minuman dicampur racun berjadual rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak perlu berwaspada dan meneliti minuman seharian demi mengelak sebarang kesan sampingan dalam tubuh individu setiap masa.
Nota. Dilarang membuat catatan ulasan berita dan memuat iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan