Ahad, 1 November 2020


 ORANG ASAL MINTA OPERASI ROKOK SELUDUP DIPERTINGKATKAN 

Oleh.  Williem Anak Lagau 

Kota Kinabalu. Kerajaan Sabah perlu mempertimbangkan desakan orang asal negeri ini bagi memburu semua penjual rokok seludup yang masih bebas berdudukan disetiap lorong kaki lima kedai dan tepi tepi bangunan pasar sayor srluruh Kota Kinabalu, Inanam, Menggatal, Telipok hingga ke Tuaran jika mahu memutuskan rangkaian Covid 19, majoriti penjual rokok seludup dalam status meragukan disamping terlalu rapat dengan golongan pekerja asing didalam negeri ini walaupun mereka berkedudukan saling tidak mengaku mempunyai pertalian namun status kediaman dilaporkan berhampiran disekitar kloni setinggan mahupun penyewaan.

Pendedahan ini disuarakan oleh beberapa kumpulan NGO dan Aktivis Orang Asal Sabah beberapa hari lalu dilaman sosial yang menjadi kebimbangan mereka sukar memutuskan rangkaian Covid 19 seluruh Pantai Barat Kota Kinabalu hingga ke Tuaran Putatan dan Penampang ujar mereka.

Kumpulan yang menamakan Orang Asal Sabah juga mebdakwa penjual Rokok Seludup ini juga bebas berkeliaran keluar masuk sekitar Kedai Runcit, Supermarket dan Mini Market serta Super Store disetiap pekan tanpa mematuhi penjarakan sosial yang diarahkan termasuklah memakai pelitup muka hanya menutup mulut dan dagu sedangkan hidung ternganga dikhalayak ramai tanpa rasa bersalah tegas mereka.







Nota. Dilarang mencatat ulasan berita atau memuatkan pengiklanan pelbagai perniagaan tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan