Ahad, 1 November 2020


  ADUN KERAMBUNAI AGIH BUNGKUSAN MAKANAN ?

Oleh. Gifkir Aming 

Kerambunai. Masyarakat Telipok Darat dalam kawasan N. 16 Kerambunai berterima kasih dengan pengagihan bantuan bungkusan makanan yang terkesan dengan Covid 19 disamping termasuk dalam zon merah penyakit tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Sungguhpun bantuan terlibat lambat sampai namun kesungguhan wakil rakyat Kerambunai Datuk Yakubah Khan mempu meringankan bebanan penduduk sekitar dalam mengharungi serangan pandemik Covid 19 yang kian menular sekitar Telipok dan Menggatal ujar mereka. 

Kru Media Terkini dimaklumkan bahawa Pusat Tahanan Sementara (PTS) bagi Pendatang Asing Tanpa Izin Rumah Merah Menggatal telah pun diletak dalam PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN berikutan peningkatan kes didalam kawasan tersebut.

Adalah menjadi harapan masyarakat Telipok Darat agar bantuan seumpama dapat diteruskan selagi PKPB dan PKPD masih lagi berkuatkuasa dalam kawasan Telipok dan Menggatal demi meringankan bebanan warga kampung yang jauh dari pekan keluar membeli barang makan akibat ketakutan dengan penyakit tersebut yang belum ada vaksin penawarnya hingga kehari ini ujar mereka.

Menurut sumber warga kampung Menggatal Darat satu ketakutan mereka bergerak kepekan Menggatal dan Telipok ialah peniaga rokok seludup yang masih berlegar legar disekitar bangunan kedai menjual rokok tanpa penjarakan mereka sesama sendiri yang tidak diketahui status kerakyatan golongan terlibat jelas warga desa orang asal setempat.






Nota. Dilarang membuat catatan ulasan berita atau memuatkan sebarang iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan