Sabtu, 10 Oktober 2020

 RAKYAT SABAH TANYA APA BEZA DAP PKR DENGAN PAS ?  

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Tekanan segelintir pemimpin UPKO dan DAP berhubung perlantikan ADUN dari Parti PAS anak jati Sabah menimbulkan persoalan sebilangan besar rumpun orang asal Sabah bahawa apa beza nya parti PAS dengan DAP kedua duanya dari Semananjung Malaysia?, jika Adun dari Parti PAS yang di Lantik itu orang Malaya rakyat Sabah juga akan bersuara namun Adun dilantik adalah anak jati Sabah yang berasal dari Keningau jadi tidak timbul adun dilantik tidak memahami budaya semua kaum di Sabah melainkan ada udang dibalik batubl pihak tertentu demi memecahbelahkan STAR PBS UMNO BERSATU dalam kerajaan negeri Sabah. 


Tindakan membidas perlantikan Adun dari Parti PAS anak jati Sabah bukan keseluruhan rakyat Sabah seperti dakwaan segelintir pemimpin Parti UPKO dan DAP Sabah sebaliknya ia dilontarkan hati mereka bergelar pemimpin parti UPKO dan DAP sebaliknya rakyat jelata Sabah tidak bermasaalah dengan perlantikan tersebut. 
Rakyat Sabah percaya kebolehan STAR dan PBS bagi memantau Adun dari PAS terbabit cukup tegas jika berlaku kata kata adun lantiksn berkenaan menyinggong perasaan orang Sabah berbilang bangsa dan agama namun sepanjang Parti PAS berada di Sabah
tidak pernah sekalipun ahli ahli dan pemimpin PAS Sabah berkasar atau menyakitkan hati serta perasaan rakyat Sabah dan tidak benar PAS Ssbah tidak boleh dilantik sebagai Adun demi maufakat dan kekuatan kerajaan Sabah.
Luahan pandangan aktivis masyarakat mewakili Kaum Dusun Sabah Gembuhar Dengkiris dari Dun Kadamaian dan Paranting Lipayan dari Dun Tamparuli bagi memperbetulkan situasi rakyat Sabah tidak berbeza pandangan antara apa kaum dan agama sekalipun apa tak lagi berbeza fahaman politik serupa rakyat duduk semeja umpama berkeluarga tanpa permusuhan tegas mereka.
Selain dari itu media terkini juga dihujani watshap berhubung perlantikan tersebut bahawa dalam negeri Sabah serumah terdapat berbeza beza kefahaman parti politik disertai termasuklah berbeza agama antara Islam Kristian dan Pagan duduk serumah adik beradik ibu bapa namun harmoni walaupun berasing asing dapur tempat memasak tiada masaalah mengapa pula dimusuhi anak jati Keningau dari Parti PAS dilantik Adun dalam kerajaan negeri Sabah komen rakyat dari Tambunan hari ini.
Apapun perlantikan Adun dari Parti PAS dalam kerajaan Sabah orang asal jangan dilibatkan oleh sebilangan pemimpin DAP dan UPKO bila melakukan pembidasan, sebaliknya segala luahan rasa tidak puas hati dedahkan sebagai pandangan peribadi semata mata dan bukan dituding pada rakyat Sabah jelas mereka.










Nota. Dilarang membuat catatan didalam akbar ini tanpa sebarang kelulusan dari pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan