PARTI PEMBANGKANG SABAHAN PERLU PERHALUSI KEKALAHAN
Oleh. Gason Dumiri dan Koijul Hairol
Sabah. Kebanyakan penyokong parti parti tempatan Sabahan yang tewas keseluruhan dalam PRN Sabahan baru baru ini mencadangkan supaya pemimpin nombor satu mereka memperhalusi punca kekalahan mereka sehingga ramai yang hilang wang pertaruhan.
Selain dari itu, semua jentera parti berkenaan sepanjang berkempen harus dikaji bagaimana mereka mendepani golongan pengundi sehingga gagal meyakini sokongan pengundi bagi memberi kemenangan satu calon pun dalam jumlah yang bertanding dalam pilihan raya tersebut.Diantara parti Sabahan yang gagal memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri pun dalam pilihan raya negeri Sabah pada 26 September 2020 ialah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Liberal Demokratik Parti (LDP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua Dun ditandingi Parti Anak Negeri Sabah ( PAN) semuanya tidak berjaya meraih sokongan rakyat dalam 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah penuh persoalan dikalangan para penyokong mereka.
Sepanjang musim berkempen pada pilihan raya negeri Sabah yang baru lepas Kru Media Terkini beberapa calon Parti Gagasan Rakyat Sabah dan Parti LDP serta Parti Anak Negeri bagi usaha memperolehi sebaran penyiaran khas jentera politik namun mereka enggan menberi jawapan malah ada calon parti Gagasan mendakwa memiliki Cyber Net Penyiaran Lengkap bagi meraih sokongan seluruh pengundi dalam negeri Sabah setiap masa.
Pada malam 26 September 2020 lepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sabah memperlihatkan parti parti tersebut gagal memperolehi satu kemenangan kerusi pun didalam keseluruhan Dewan Undangan Negeri yang mereka tandingi walaupun jentera kempen cukup tersedia malah memiliki Cyber Net sendiri mentampaikan misi perjuangan kepada seluruh pengundi dalam negeri Sabah.
Nota. Dilarang membuat ulasan atau menumpangkan iklan dalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan