Jumaat, 16 Oktober 2020

 JANGAN SUNTIK PERBELAHAN AGAMA BANGSA  

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sabah. Permaufakatan masyarakat berbilang agama dan bangsa tidak wajar disuntik api perbelahan keagamaan apa tak lagi dicanang orang bergelar pemimpin parti politik yang menjadi contoh teladan memupuk perpaduan dan bukan mengapikan perbelahan, segenap lapisan masyarakat dalam Sabah walaupun berbeza agama bangsa mahupun parti politik masih mampu duduk serumah serta makan bersama dalam semeja besar tanpa bermusuh keagamaan apa tak lagi berkisar perbezaan amalan parti politik namun terus bersatu tanpa berpecah belah.

Pendedahan En. Rosli Kopit aktivis masyarakat dari Dun Kiulu sebagai menegur kecenderungan sebilangan pemimpin parti politik memecahbelahkan rakyat bagi meraih sokongan kearah memperkasa parti politik mereka demi hajat kembali berkuasa semula jelasnya.

En. Rosli Kopit menjelaskan demikian sebagai memperjelaskan sebenar amalan hidup rskyat Sabah satu keluarga besar berbeza agama dan bangsa boleh duduk serumah mertua dan anak anak menantu berlainan agama tidak pernah berbelah pendapat, cabaran beberapa pemimpin DAP dan UPKO Sabah berhubung perlantikan YB. Dr. Aliakbar Gulasan sebagai Adun dilantik mewakili PAS Sabah yang jelas beliau adalah anak jati Sabah bagaikan mereka tidak menghormati orang orang Sabah beragama Islam sedangkan Dr. Aliakbar Gulasan telah pun melantik pegawai khas nya dikalangan beragama Kristian demi permaufakatan kaum seluruh Sabah walaupun Adun melantik adalah dari Parti PAS ujar beliau.

Menyentuh cabaran sebilangan pemimpin UPKO dan DAP Sabah supaya PBS dan STAR keluar dari Gabungan Rakyat Sabah En. Rosli Kopit meminta seluruh YB PBS dan STAR yang menang hasil undian rakyat berbilang agama agar tidak tunduk pada ugutan seumpama memandangkan rakyat mengundi mereka bukan satu agama dan bangsa tegasnya.

En. Rosli Kopit yakin kepimpinan PAS Sabah bersama UMNO, PBS, STAR, BERSATU, SAPP, PBRS, MCA, MIC cukup meyakin kan rakyat berbilang bangsa dan agama selsgi para pemimpin mereka sama sama turun padang mendengar segala permasaalahan rakyat sepanjang masa mereka memerintah terangnya.

Biar lah sebilangan pemimpin UPKO dan DAP yang lantang ini berpolitik matang dan jangan mencabar kepimpinan sesama pemimpin parti politik Sabahan apa tak lagi melibatkan perbezaan agama lebih baik diabaikan demi perpaduan sesama masyarakat Sabahan katanya.





Nota. Dilarang  mencatat sebarang ulasan mahupun menumpangkan sebarang pengiklanan didalam akbar ini tanpa kelulusan penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan