WARGA DILANDA COVID 19 TAGIH BUNGKUSAN MAKANAN
Oleh. Gifkir Aming
Kota Kinabalu. Warga orang asli negeri ini yang tinggal sekitar daerah Kota Kinabalu, Kinarut, Penampang, Tuaran meminta pengagihan bantuan bungkusan makanan sampai kesasaran diperkampungan terpencil berbukit bukau diutamakan dan bukan hanya dipesisir pantai laut sahaja.
Luahan penduduk kampung berbukit bukau Hujimir Abdullah sebagai mendedahkan kebimbangan orang desa kawasan berbukit bukau kadangkala terpinggir dari sebarang bantuan makanan seperti kerajaan terdahulu semasa covid 19 march hingga mei 2020 ujar beliau.Penduduk kampung tanah tinggi dari daerah Kota Kinabalu sehingga ke daerah Tuaran melibatkan Kiulu, Tamparuli, Telipok, Menggatal, Inanam, Likas, Luyang, Penampang, Petagas dan Putatan sehingga Taman Sabindo perlu direkod dalam senarai agihan bantuan bungkusan makanan yang terlibat dalam senarai zon serangan penyakit Covid 19 jelas Hujimir Abdullah hari ini.
Nota. Dilarang membuat catatan ulasan atau memuatkan pengiklanan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan