Sabtu, 17 Oktober 2020

 MAKANAN TRADISI ORANG ASAL BORNEO

Oleh. Jaitos Dumiri Dan Norafzah Dollah 

Borneo. Pelbagai etnik orang asal Sarawak Sabah dan Kalimantan sempadan terdekat kedua dua negeri tersebut memiliki pelbagai jenis warisan makanan yang sukar diperolehi masyarakat muda mudi generasi mereka hari ini.



Antara yang menarik warisan pemakanan orang asal Borneo ialah sistem pemasakan menggunakan Kayu Api dalam Kuali Bambu dengan pelbagai ramuan (dirashiakan dari ditiru) dan cara cara memasak sehingga api tidak membakar Bambu (Rashia) demi memelihara kualiti dimasak sedap beraroma.

Wencent Paulus anak jati Pensiangan mendedahkan budaya orang asal Borneo hampir ribuan tahun dahulu boleh hidup ditengah hutan belantara tanpa kelengkapan memasak moden seperti Periuk, Kuali, Belanga, Pinggan, Mangkuk dan Sudu namun warga moyang mampu hidup membesarkan anak cucu mereka penuh bertenaga tegasnya.

Wensent Paulus menambah, semua tempat memasak nenek dan atuk moyang orang asal Borneo dahulu hanya bergantung dengan Pokok Bambu Terpilih (Cara Memilih Sulit) bagi memasak Nasi, Sayir, Ikan sampai lah memasak Air Panas untuk membuat Teh atau Kopi jelas beliau.

Hari ini majoriti warga yang ramai mengaku orang asal Borneo adakah mereka merasai situasi kehidupan semua bersandarkan Dapur Bambu Terpilih?, terlalu sukar mungkin mereka memberi jawaban namun ini lah sebenar sejarah orang asal Borneo lebih seribu tahun dahulu yang terus mereka (generasi muda mudi orang asal) pelihara bagi mempertahankan asal mereka yang banyak diputar belit orang baru masa kini katanya.

Wencent Paulus menjelaskan orang asal Birneo dalam masa perang saudara ribuan tahun dahulu belum ada pemerintah tetap hidup dihutan pinggir sungai bagi memudakan mendapat ikan segar selain dari memburu binatang buas sebagai ikan makanan keluarga mereka.

Bagi memperolehi Beras mereka orang asal menanam padi berbagai jenis 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan