RAKYAT BOSAN CAKAP POLITIKING
Oleh. Koijul Hairul
Puterajaya. Dalam kemelut serangan penyakit Covid 19 masa kini yang terus meningkat setiap hari antara kes dengan kematian CYBER POLITIKING terus mengambil tempat bagi menabur kata kata indah untuk diterap keminda rakyat bagi memberi tekanan dan mempengaruhi ahli ahli politik menyokong minda mereka agar kerajaan goyah dan bercelaru tidak menentu, tekanan seumpama dapat dinilai golongan veteran veteran pasukan keselamatan diseluruh negara dan amat jelas membuat negara bukan sahaja terancam dari kestabilan politik malah turut terancam adalah serangan penyakit seluruh jiwa rakyat berbilang kaum dan agama diseluruh negara jika kerajaan diganggu gugat golongan politiking semata mata mempengaruhi usul tidak percaya dalam kekuasaan kerajaan masa kini yang berusaha memulihkan ekonomi negara disamping berusaha mengawal wabak Covid 19 dari terus merebak.
Ramai veteran keselamatan yang menghubungi kru media terkini meminta rakyat sama sama membantu kerajaan masa kini mengenepikan langkah politiking mempengaruhi minda masyarakat dengan kata kata usul atau undi tidak percaya pada kerajaan yang jelas banyak perubahan daripada sebelumnya namun akibat segelintik politiking terus menekan kerajaan boleh merangka sesuatu yang tetbaik untuk jutaan rakyat yang memerlukan bantuan.
Selain dari itu ada juga veteran keselamatan yang hairan mengapa golongan politiking masa kini tidak berhenti dari berpolitik sehingga merancang mengusul tidak percaya kepada kepimpinan kerajaan masa kini sedangkan proses pilihan raya jelas disediakan setiap lima tahun rakyat memilih kerajaan yang terbaik untuk mereka dan negara amnya, kesedaran seumpama harus diketahui seluruh rakyat dalam negara agar menolak sebilangan kumpulan politiking yang bercakap tidak henti henti isu ketidakstabilan politik dan ekonomi negara sedangkan mereka yang terlibat tidak jelas turun padang menghulurkan bantuan pada rakyat jauh didesa terpencil yang duduk rumah mengelak dari serangan penyakit Covid 19 sehingga kini banyak sudah kawasan Zon Merah diistiharkan oleh Kementerian Kesihatan negara.
Sejajar dengan ini pesara VETERAN KESELAMATAN TIDAK BERPENCEN mengajak rakyat dalam negara termasuklah pemimpin parti politik yang sayangkan kedaulatan negara agar sama sama mengenepikan cakap politiking sementara demi memberi ruang sama sama menstabilkan ekonomi negara demi mendepani serangan Covid 19 kearah menghulur bantuan pada rakyat disamping membangunkan seluruh negara agar tidak ada keciciran kearah kemajuan seluruh negara ujar mereka.
Nota. Dilarang membuat sebarang ulasan dan memuat iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan