SESB DIMINTA BERTINDAK MEMBAIKI BEKALAN TENAGA LETRIK
Oleh. Jasly Dollah
Telipok. Masyarakat kampung Mukim Telipok Darat meminta SESB memperbaiki bekalan tenaga letrik yang terputus sejak subuh pagi hari ini menyebabkan ratusan penduduk gagal mendapat bekalan tenaga Letrik.
Menurut penduduk Telipok darat antara penyebab utama bekalan tenaga Letrik kerap terputus bukan sahaja berpunca dari stesen pencawang yang berjentera lama malah pihak SESB gagal membersih pokok pokok kayu besar sepanjang laluan tiang dan wayer letrik dikawasan tersebut sedangkan bil bil letrik penduduk kampung terlibat tidak pernah turun harga atau tertunggak pembayaran ujar mereka.
Sehubungan dengan kejadian seumpama penduduk setempat meminta SESB bertanggongjawab dengan segala kerugian orang kampung sepanjang ketiadaan bekalan tenaga letrik disamping menurunkan kadar bayaran bil letrik orang kampung berikutan dalam sebulan seringkali berulang bekalan letrik terputus dari pagi hingga ke malam jelas mereka.
RAKYAT BERSYUKUR PADA BANTUAN INI
Oleh. Gifkir Aming
Kuala Lumpur. Kebanyakan rakyat seluruh negara berterima kasih dengan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin berhubung bantuan prihatin Nasional (BPN) yang mampu meringankan bebanan rakyat kurang berpendapatan serta kehilangan pendapatan sepanjang serangan Covid 19 ini.
Antara luahan rakyat seluruh negara yang diperolehi carta tinjauan luar kru Media Terkini diseluruh negara beberapa hari lalu walaupun terdapat rasa tidak berpuas hati terhadap beberapa kerajaan negeri yang gagal mengagihkan bantuan bungkusan makanan yang diperkenalkan dikawasan Zon Merah dan PKPB namun ramai rakyat gaji bawah RM1,200 tidak memperolehinya.
Dalam konteks ini rakyat meminta kerajaan pusat menimbang agar bungkusan makanan ini ditukar kepada elaun sara hidup terjejas Covid 19 agar dapat diselanggara pembayaran terus kepada akaun Bank golongan rakyat yang terlibat tanpa ada yang tercicir seperti bungkusan makanan hari ini ujar mereka.
Nota. Dilarang memuatkan catatan ulasan atau menceroboh iklan tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan