Khamis, 22 Oktober 2020


 BANTUAN BUNGKUSAN MAKANAN PERLU DIAGIH 

Oleh. Koijul Hairul 

Sabah. Kerajaan negeri ini diminta mengagihkan bantuan bungkusan makanan dikawasan Zon Merah penyakit Covid 19 yang disenaraikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  tanpa mengambil kira dan memilih berdaftar dengan E-Kasih sahaja.

Malah warga orang asal Ssbah juga menjelaskan penyakit Covid 19 tidak akan memilih orang orang berdaftar dengan E-Kasih untuk dijangkiti jika tersalah langkah keluar mencari reziki untuk menyara kehidupan keluarga.

Sejak Sabah disenaraikan dalam zon merah dan PKPB majoriti rakyat terasa bebanan akibat kawalan rentas daerah dan ramai rakyat tidak dapat berkerja akibat tidak memperolehi  Bus Mini pengangkutan awam seluruh Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Inanam, Menggatal dan Telipok hampir 10 hari lepas.

Sehingga berita ini ditulis masih ramai warga orang asal Sabah di Kota Kinabalu,  Putatan, Luyang, Penampang, Inanam, Menggatal dan Telipok belum menerima bungkusan bantuan makanan Covid 19 ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat catatan ulasan dalam akbar termasuklah pengiklanan tanpa kelulusan dari penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan