AKIBAT PKPB DI ZON MERAH ORANG KAMPUNG SANTAP UBI KAYU
Oleh. Koijul Hairul
Tuaran. Sebilangan orang kampung jauh terpencil terpaksa menghidangkan UBI KAYU sebagai tambahan alas perut bagi berjimat cermat beras yang sukar diperolehi akibat kekangan keluar membeli belah yang hanya dua orang dalam satu kenderaan dibenarkan, selain dari itu mengharap bantuan bungkusan makanan agihan mangsa Covid 19 namun kenyataan terbaru pula hanya unruk berdaftar E-KASIH sahaja menyebabkan banyak rakyat jelata pasti gagal menerima makanan yang sangat sangat diharapkan seluruh rakyat terlibat dalam zon merah.
Rakyat terlibat zon merah Covid 19 juga meminta kerajaan menjelaskan mengapa golongan yang tidak berdaftar dengan E-KASIH tidak boleh mendapat bungkusan makanan tersebut sedangkan Covid 19 tidak memilih mangsa jika bebas keluar di Zon merah pasti bakal berdepan jangkitan disekeliling orang ramai Covid 19 terang mereka.Kerajaan negeri harus mengkaji semula agar agihan bungkusan makanan Covif 19 masa kini adil sampai kepada seluruh rakyat dikawasan zon merah ujar mereka yang ditemui hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan