Isnin, 19 Oktober 2020


 SABAH MEMILIKI 15 KAWASAN ZON MERAH 

Oleh. Gason Dumiri 

Bumi Sabah. Rakyat jelata dalam negeri ini masih tertanya tanya terhadap kerajaan Sabah apakah idea golongan pemimpin khususnya wakil wakil rakyat yang baru menang dalam melihat seluruh Zom Merah yang diumum Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan negeri baru baru ini.  

Diantara yang beliau umumkan Zon Merah ialah, Semporna, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Keningau, Tambunan, Papar, Beufort, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Ranau. 

Majoriti kawasan tersebut adalah memiliki kawasan perkampungan yang luas dengan perhubungan jalan raya yang terlalu jauh dari pekan dimana majoriti Bus Mini dan Bus Berhenti henti telah dihalang pergerakan oleh pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya.

Warga kampung yang tidak memiliki kenderaan terus terputus halatuju membeli barang makan dikedai kedai pekan berhampiran berikutan ketidak ada pergerakan Bus Mini dan Bus Berhenti henti namun sampai berita ini ditulis beberapa penduduk kampung yang menghubungi Media Terkini melaporkan belum menerima bantuan bungkusan bakul makanan ujar mereka.

Adalah menjadi harapan warga kampung yang terlibat Zon Merah dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  supaya bungkusan Bakul Makanan yang diumumkan kerajaan pusat dan negeri benar benar sampai kekawasan terlibat Zon Merah dan PKPB demi rakyat jelata yang terkesan duduk rumah tidak dapat berkerja jelas mereka.  





Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan atau memuat sebarang pengiklanan dalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan