Jumaat, 23 Oktober 2020


 MASAALAH BANJIR DUA SUNGAI PERLU DIBAIKI  

Oleh. Gifkir Aming 

Telipok. Banjir dipertemuan Sungai Timbok dengan Sungai Mongkobung Jalan Simpangan Telipok perlu diselesaikan segera bagi menyelamatkan Jalan Raya serta Jambatan Kongkrit Kenderaan dari dihanyutkan banjir pada masa akan datang.

Ini luahan pengguna Jalan Raya terlibat hampir 50 perkampungan merentasi laluan ke Pekan Kiulu setiap hari sebagai jalan alternetif warga kampung menuju Pekan Telipok setiap hari dimana setiap musim hujan akan menenggelamkan jalan raya tersebut.

Menurut pengguna Jalan Tersebut yang menanggong banjir setiap musim tengkujuh adalah menjadi harapan mereka agar ADUN KERAMBUNAI yang baharu Datuk Yakubah Khan (Gambar) dapat meluangkan masa untuk turun padang bagi melihat dan menyelasaikan kemelut tersebut lebih 50 tahun lalu tanpa tindakan menyelasaikan nya ujar mereka.

Pengguna laluan jalan raya berkenaan yakin Datuk Yakubah Khan boleh berbincang dengan Datuk Seri Bung Mokthar Radin Menteri Kerjaya bagi membantu memperbaiki masaalah tersebut demi kepentingan seluruh rakyatl jelas mereka ditepi sungai terlibat.






Nota. Dilarang membuat nota ulasan atau  menumpangkan iklan tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan