Rabu, 14 Oktober 2020

 ISU ADUN LANTIKAN DARI PAS 

JANGAN HERET RAKYAT SABAH 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Rakyat berbilang bangsa dan agama dalam negeri ini menafikan bermasaalah berhubung perlantikan Adun PAS Sabah YB. Aliakbar Gulasan walaupun berbeza agama namun beliau tetap orang Sabah yang menghormati bangsa dan agama lain dalam negeri ini, sejajar dengan ini orang orang politik diminta jangan babitkan semua rakyat Sabah dalam mempertikaikan perlantikan tersebut dimana lebih baik buat kenyataan peribadi  sahaja daripada mengheret seluruh rakyat Sabah yang aman makmur duduk serumah antara keluarga Islam dan bukan Islam malah serumah tapi berbeza politik.

Rakyat Sabah mengakui terdapat serumah dalam keluarga besar berbeza agama dan fahaman politik namun harmoni kehidupan seharian bersenda gurau tanpa bertikam lidah dalam berbeza agama, ini membuktikan lebih ramai rakyat dikalangan keluarga besar matang berpolitik tanpa berbalah secara umum melainkan dalam hati sahaja menentukan pangkah mereka dihari mengundi berbanding saling bertelagah kefahaman setiap hari duduk serumah dalam keluarga besar.

Pendedahan JS.Tambunan sebagai meredakan kedudukan perlantikan YB. Aliakbar Gulasan Setiausaha PAS Sabah sebagai Adun Lantikan Kerajaan Baharu pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor yang tidak henti henti mengheret seluruh rakyat Sabah bagai turut membantah jelasnya. 

Seorang lagi rakyat warga desa turut menafikan bermasaalah didalam perlantikan Adun dari PAS Sabah yang tidak ada perbelahan dengan rakyat jelata Sabah sejak sekian lama memandangkan beluau juga warga kelahiran Sabah, ini diakui Mamai Paranting Lipayan dari Kg. Loputong Tamparuli dengan menyokong kenyataan JS. Tambunan sebagai suara sebenar rakyat yang bukan orang politik dan lebih baik masa kini baik semua kenyataan umum yang tidak melibatkan seluruh rakyat desa buat lah kenyataan secara kapasiti peribadi pemimpin parti politik tanpa melibatkan rakyat yang tidak bermasaalah perlantikan tersebut ujar beliau.

Seorang lagi rakyat didaerah Kota Belud yang mahu dikenali GD Kadamaian turut menyerahkan perlantikan Adun PAS Sabah biar lah dipantau sepanjang khidmatnya oleh para YB yang diundi oleh rakyat bagi memenangi kerusi Dun mereka masing masing, setakat dilantik belum lagi ada asas menyalahkan Adun berkenaan malah hubungan beliau dengan rakyat bukan beragama Islam sehingga kini terus baik saling hormat menghormati didalam negeri ini terangnya.





Nota. Dilarang membuat ulasan atau mencatat iklan tumpangan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan